Cabaran Berniaga

Assalamualaikum! (Yaaa..seperti Dzawin gituuu..penuh dengan ENERGY!!)

Cabaran, challenges. Berniaga dan cabaran ni seperti aur dengan tebing. Tu korang kena faham. Kalau tak faham, maka korang jangan buang masa nak berniaga. Okay? Buang gambaran bila berniaga, terus bawak kereta mewah, duduk office gah, pakai suit dan baju lawa-lawa, pi melancong tak hengat donia…BUANGGGG JAUHHHH JAUHHHH gambaran tu.

Tu semua gula-gula je geng… Manisan yang boleh memberikan penyakit kepada jiwa usahawan korang yang masih muda remaja. (Walaupun hang baru nak meniaga pada usia 35 tahun, jiwa meniaga masih muda remaja sebab setahun meniaga pun belum lagi. Faham dak?)

So cabaran tu pasti ada. Disebabkan cabaran juga, saya hampir-hampir putus asa tahun lepas. Sehinggakan saya ‘total shutdown’ di social media. FB tak update, Insta tak update. Hilang menyepi. Yang masih update status wifey ler. Heheheh..

Tapi saya memang off terus. Kenapa? Sebab cabaran yang dihadapi pada waktu tu. Sampaikan rasa macam nak lari terus and hilangkan diri. Gitu sekali rasanya. Buat cara ni tak jalan, buat cara tu tak jalan, buat segala apa yang diajar sifu-sifu tak jalan.

I told myself, “Maybe its fated i am never going to succeed. Maybe dah tertulis yang aku ni hanya akan sampai tahap NIIIIII je sampai akhir hayat”.

So masa saya down tu, masa putus asa tu, apa saya buat? I took time off from business. Yep. Changed my environment totally.

Saya ubah 100%. Banyak keputusan yang ‘mendadak’ tapi ‘calculated’ and ‘planned’ saya buat masa tu.

Contohnya:

  1. Saya buat keputusan untuk pindah keluar dari Selangor. Ingatkan senang ke nak convince wifey and in-laws kita nak pindah keluar dari Selangor? Dengan 2 kids yang masih kecik. Koghase?
  2. Saya buat keputusan berhenti semua perniagaan yang masih berjalan pada waktu tu. Tutup terus. Sebab before this saya meniaga sebab nak ‘setelkan’ hutang. But when that business failed, hutang lama ada yang selesai, tapi ditambah dengan hutang baru. So stop all business activity and get a full-time job.
  3. Saya buat keputusan untuk buat UBER & GRAB sebab flexible masa dan saya suka driving. So dari November 2016 sampai May 2017, saya supir professional. 😛

So, new environment, new job, kiranya start fresh from zero. Perlu masa untuk ‘clearkan’ kepala ni dengan ilmu-ilmu lama. During that time, pada mulanya memang rasa nak give up. Tapi lepas 3-4 bulan driving, i told myself, ‘Sampai bila aku nak driving?’

That was when I cuba fahamkan betul-betul tentang kejayaan, matlamat dan hubungan kita dengan Allah. During those months juga macam-macam sindiran dan hinaan dilontarkan kepada saya dan isteri. Ada yang melabel kami ‘Penunggang Agama’.. ada yang melabel kami buat ‘scam’.. ada yang melabel saya ‘berlagak sifu’.. dan macam-macam lagi lah, walhal saya tak pernah anggap diri saya sifu pun. Siput sedut mungkin. Hahahahaha

Anyways, masa tu memang kena pekakkan telinga dari SEMUA angle. Fokus on the end result. Ibarat pakai headphone untuk block out all these ‘noise’ from outside.

Kekuatan mental tu sangat penting bila berhadapan dengan keadaan macam tu. Orang kita ni memang kuat dengan sindiran dan hinaan sebenarnya. Especially bila dorang rasa dorang betul. 🙂

So kalau korang dalam situasi macam ni, mengadu pada Allah. Minta pada Dia untuk buka jalan. Ikhlaskan diri untuk menjadi hambaNya.

Faham sefaham-fahamnya yang sebenarnya kita ni takde apape. Tu BMW, AUDI, MERC, RM Berkepuk tu semua bukan hak milik kita. Pinjaman semata-mata. Bila ‘balik’ kepadaNya, kita cuma bawa amal kita je der. Yang lain tu semua tinggal. U understand this point, hati kau akan tenang.

Mengadu pada Allah, dan u akan faham, Dia akan buka dan tunjuk jalan keluar. No matter how many mistakes you make, He is always there. Communicate dengan Allah. Itu cabaran utama kita sebenarnya. We don’t communicate enough dengan Dia.

Kita lebih suka menyindir bila orang tak bayar hutang, (walhal kita boleh doa pada Allah supaya permudahkan urusan si dia supaya mudah untuk bayar kita balik, tapi kalau dia lupa nak bayar or buat-buat tak tahu, claim kat ‘sana’ je. Ada je orang berhutang dengan saya, dah berjaya pun, tapi no news till now, claim sana je.)

Ya, saya faham, kita perlukan duit tu, TAPI bukankah rezeki tu dari Allah? So ask from Him.

Pucuk pangkalnya communicate with Him.

As for me, I am responsible for all the things thats happened. So memang saya simpan satu senarai yang perlu dijelaskan jumlahnya. One by one. Slowly but surely, saya setelkan semua. Yakin, Allah pasti bantu. Nak buat benda baik, Dia pasti bantu.

Yakin tu yang saya rasa ‘kureng’ sket dikalangan kita ni. Yakin di bibir dan yakin seluruh jiwa dan raga ni lain tau. Haaaa..

Okay-okay, melebih bab agama kang ada lak haters n suara-suara yang komen ‘Penunggang Agama’ lagi. 😀

So guys, kesimpulan dari bebelan saya ni..

  1. Cabaran PASTI ada jika nak berniaga
  2. Allah takkan berikan CABARAN yang kita TAK BOLEH nak handle. Nampak je besar cabaran tu, TAPI kita kena MINTA pada DIA untuk ditunjukkan jalan keluar. Ko pikir ko hebat sangat ke boleh cari jalan keluar sendiri? La Hawlawala Quwwata illabillah (Tiada daya dan upaya tanpa izin Allah). So idea yang korang dapat untuk setelkan masalah korang tu datang dariNYA. Get it?
  3. Mental kena kuat. Ni pun boleh minta dari Allah. Dialah penyelesai SEGALA-GALANYA. In fact, kita ni sebenarnya takde apa pun geng. Kita slalu dengar sifu-sifu ni ckp hangout dengan orang hebat, dia hebat, si polan ni hebat, kamon lah, sape bagi orang tu jadi hebat? Kun Faya Kun,ditarik balik semua, sekelip mata je tak hebat.. Haaa..

Akhir sekali, kalau korang rasa berniaga ni adalah jalan untuk korang capai impian korang, jangan sekali-kali putus asa. Saya HAMPIR putus asa. Tapi Alhamdulillah, masih ada insan-insan yang beri kepercayaan dan semangat untuk saya bangkit semula.

So, here i am. Melalui blog saya ni juga, saya akan share tentang kegagalan saya. Faktor-faktor yang menyebabkan saya gagal dan bagaimana korang boleh elakkan dari lalui benda yang sama.

Might mention a few names, might not. Tgk mood. 🙂

Khai

 

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *